2, 3 ari ni aku asyik fikir tentang perihal cinta je. cinta ni sebenarnya perlu ade tanggungjawab atau tak... rasenye perlu kan. bertanggungjawab atas diri masing-masing. tapi kadang-kadang fikir tak de la perlu sgt sbb bukan kahwin pun. bila dah kahwin baru perlu tanggungjawab atas diri masing-masing. tapi kalau tak kerana seseorang tu menunjukkan rasa tanggungjawabnya atas diri kita, takkan kita nak kawin ngan dia plak kan.. emmm entahlah... konfius ngan benda-benda mcm ni... kalau cinta perlukan pengorbanan tu pernahlah dengar... tapi pengorbanan tu pun berlaku atas rase tanggungjawab jugak kan....
aku runsing sebenarnye dengan perihal yang berlaku dalam diri aku sendiri.. 3tahun berkawan, aku mcm tak faham dengan perangai sidia yang sebenar.. kadang-kadang aku nampak ada rase tanggungjawab dalam diri dia pada aku.. kadang-kadang tak. mungkin orang akan kata... perasaan sendiri je tu... tapi takkan selama 3 tahun asyik tertanya-tanya dengan diri sendiri. berapa tahun lagi diperlukan untuk betul-betul tahu samada dia seorang yang bertanggungjawab atau tak..
die mengambil berat tapi mungkin dicampur dengan sikap aku yang tak suke sangat berkongsi kesusahan atau masalah dengan sapa-sapa je. bila keadaan dah tak terkawal atau dah tak de jalan penyelesaian baru aku bersedia berkongsi dan tanya pendapat org lain. tapi sebenarnya dari cara kita bercakap... cara kita memandang... sebenarnya dah boleh membuktikan samada kita berada dalam keadaan bermasalah atau tak kan.... berbeza sebenarnya keadaan bile kita berada dalam keadaan baik atau tak. kita sendiri boleh agak...
entahlah... benda ni terus berlarutan untuk berapa lama pun tak pasti.. diharapkan dari masa ke semasa akan ada perubahan. dari tak baik kepada yang lebih baik. yang pasti kalau berlaku perubahan kepada yang tak baik... aku perlu bertanggungjawab pada diri aku sdiri tanpa perlu memikirkan yang lain walaupun perasaan cinta penuh dalam hati ni...
sama-sama fikirkan..
wassalam..
Wednesday, February 25, 2009
CINTA DAN TANGGUNGJAWAB
Posted by NURUL at 11:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Comments:
Post a Comment