Saturday, March 28, 2009

HARI YANG SEDIKIT CERIA

SALAM....

hari ni aku boleh tersenyum sedikit bile memikirkan aku akan memulakan sesuatu yang boleh dikatakan bakal mengubah hidupku dari segi personaliti, gaya hidup dan ekonomi khususnya.. best sangat apabila perancangan selama beberapa bulan ni bakal menampakkan hasilnya. sekarang ni 60% ianya bakal terhasil.. syokkk sangat..
walaupun dengan modal yang tak seberapa rasenye alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku akan memulakannya dari bawah.. bile perancangan sepenuhnya terhasil dan terbukti barulah aku akan meningkatkan modal yang ada.. kalau ade org yg dengar tentang msti org cakap aku ni angan-angan mcm mat jenin tapi sebenarnya bermula ngan angan-angan la ianya pasti berlaku dengan usaha yang lebih..
malas dah nak fikir benda-benda remeh yang sebelum ni cukup menyesakkan kepala otak. baik aku fikirkan sesuatu yang lebih bermakna dan dapat membantu menjana pendapatan. dengan ekonomi yang agak lembab ni tak boleh la sambil lewa sangat. kena ambik perhatian atas semua benda.. so untuk perkara-perkara yang 'lalang' tu... plss duk kat luar sebentar sbb byk mende2 berharga nak masuk lam kepala skrg ni.. so wahai perkara-perkara lalang sekalian, nnt aku masukkan balik lam kepala untuk selesaikan secara perlahan di kemudian hari.
apa yang penting sekarang adalah matlamat aku. time menaip ni pun rase mcm cergas semacam je. mane taknye... sstu yang kite fikir selama ni, bakal berlaku dan harap2nya ia dapat membantu aku bukan untuk masa ni je... untuk masa depan sekali.. harapannye laa..
tapi kan aku ni ade sedikit perasaan malu la.. keyakinan tu ada tapi malu tu tak leh nak buang skit. hehehe... tapi tak pe aku kena kuatkan semangat, bina keyakinan yang tinggi. pasti boleh kan... yeahhh!!!
ape2pun aku dapat apa yang aku bakal lakukan nanti akan berterusan dan bukan setakat hangat-hangat taik ayam je. wat malu je nanti..

ape-apepun doa untuk diri sdiri.. terima kasih sangat-sangat untuk my mom, puan kamariah draman yang sangat-sangat sporting and memahami. untuk adik-adik yang sedia membantu walaupun ianya tak la seberapa sangat. dan khusus untuk sis nuyun yang menjadi org yang kirenye membantu jugakla sbb sanggup bagi harga murah dengan keuntungan yang sangat besar.. hehehe... thanks sangat-sangat.

nantikan post yang terbaru tentang apekah yang aku nak lakukan sebenarnya ni... hehehe...
daaaaaaaa....

0 Comments: