Assalamualaikum.... wbt Selamat Tahun Baru 2013!!!!! Dah lame sangat tak memblog kan, tetiba tak ingat password. 3,4 kali try masuk pun tak lepas... rupenye pswd tu kat lain2 tmpt pun lebih kurang je pung... serupe tu jugak heh... well... kalau masuk tahun baru je org mesti create soalan yg mcm2.. 'eh hoi.. ape azam tahun baru?' malas heh nak mengazam2... time2 bikin azam tu time blajo2 dulu ade lah... tapi bikin azam jelah, nak merealisasikan mende tu yang ado la... aku lebihkan doa jelah.. tiap2 tahun duk azam camni camtu.. buatnye idok kan... tp yg pasti tiap2 awal muharram tu inshaa Allah sentiasa menDOAkan yg baik2 belaka dari segi amalan, kesihatan, kebahagiaan, kewangan, kejayaan, kerjaya dan mcm2 lagilah.. mintak yang baik2 di tahun baru.. utk bikin azam nak pakai kereta ferrari ke, bantley etc tu tak delah jemah oit... mak tak azamkan mende2 camtu.. tapi kalau ditakdirkan dapat, mak on je senah.. hahahaha tahun baru... mls nak bersyair, berpuisi psl tahun baru... (yg sbnrnye tak de kemahiran dlm sastera.. achaner? mbaca pun malas kan). duk ulang mende same je kalau duk taip panjang lebar.. cume sgt2 berharap 2013 ada sinar lebih baik skit dari tahun 2012.. kalau boleh.. tak banyak pun tak pe... kalau banyak, alhamdulillah 1 bonus.. kalau cakap bab2 amalan, mls nak riak2 atau jatuhkan diri sdiri kat sini.. cukup la antara aku dengan Yang Maha Esa yang tahu.. berharap lebih baik dan lebih baik lagi... doa la sokmo2.. ape lagi ye.. bab jodoh, berdoanye ade la jodoh tu.. inshaaAllah, kite rancang Tuhan tentukan... semua org nak kan, tp soal jodoh mls nak bincang2 gaduh dah. serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui. doa tak pernah putus, InshaAllah... bab kerjaya, alhamdulillah. dah dapat keje yang lebih baik dari dulu2. dalam erti kate lain lebih menjamin.. syukur sgt2.. tak nak minta lebih cume berharap kualiti kerja akan lebih baik sokmo dari tahun2 lalu... yelah kan, kdg2 ade jugak buat keje ikut dan ye dok? oppss terlebih sudah... lain-lain hal tu semuanya diharapkan dalam keadaan baik2 saje... khususnya untuk diri sendiri, ibu bapa, adik2, sedara mara, kawan2 dan org tersayang... same2 kite berdoa dan muhasabah diri masing2.... inshaaAllahh... AMIN!!! oklah malas nak taip doh... menaip panjang2 pung bukan merajin sgt nak membaca semula. pakat enter2 je... eh tak habis lagi.. daaa... Assalamualaikummmm....
Thursday, January 3, 2013
Sunday, September 2, 2012
SAHABAT OH SAHABAT...
SAHABAT SEJATI “Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’ DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu; Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Posted by NURUL at 1:01 PM 0 comments
Sunday, August 5, 2012
2 tahun berlalu...
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum.... wbt wahhhh dah hampir 2 tahun tak menaip kat blog, rase mcm baru nak belajo plok.. dlm erti kate lain JANGGAL. heheh. bukak2 blog dah mcm lain skit. terkial2 gak awal2nye.. sebenarnye tak banyak isu yang nak diceritakan. kalau duk ulang cerita same mcm boring plok kan.. nak bercerita perihal diri je sokmo rase mcm takkan abis. so aku start menaip hari ini dengan bismillahh dan insyaAllah akan cube untuk sentiasa update dari masa ke semasa. tak banyak cerita yang nak dikongsi sepanjang 2 tahun tak update blog ni... klu dlm bahasa omputeh nye not interesting la.. tapi alhamdulillah la sepanjang 2 tahun ni mcm2 dah berlaku.. 2011 alhamdulillah aku dah dapat keje baru. jeng3.. keje kerajaan yang org sokmo susah nak dapat tu.. kat post sebelum ni pernah aku membebel psl susah nak dapt keje kerajaan ni. naik turun gi balik interview pung susah nk dapt tapi alhamdulillah rezeki akhirnya berpihak kat aku. tak kisahlah position ape pung, janji dapat keje yang menjamin hidup. ms dpt surat tu aku tadok kat umah, keje ms tu. my mom call kate ade surat smpai n beliau nk bukak. aku kate bukak la mak oi.. panggil temuduga lagi lah tu.. tentibe mak call balik, die kate aku dapat keje.. dlm otak ni duk fikir, aihh interview yg mane satu plok tuh. rupenye interview tahun 2009, tahun 2011 baru diorg panggil. eh dok kisoh la eh, janji keje tu dapat. no more complain2. sebulan lepas tu adik aku plak dapat keje ngan kerajaan tapi kontrak. takpela dik oi, tu pun bukan senang nak dapat pung.. kiri kanan org duk tanye, 'weh, mu dapat keje ni. ade kabel ke?' hai mokcik2 oit, kalau ade kabel dok tggu tua baru dapat keje. baik abis spm terus pakai kabel mintak keje. takyah sambung2 belajo, naik turun wisma duk gi intebiu bagai.. tp tak pelah abaikan jelah ape cakap2 org. yg penting sekarang aku keje dgn cara yang betul n telus.. hah ko..... alhamdulillah ni la dinamakan berkat kesabaran n yg paling afdol lagi doa yang tak pnh putus from my parents.. itu yang paling menarik utk tahun 2011 tu.. lagi menguntungkan aku dapat keje kat tmpt yang sgt bagus suasananya, kawan2 sekerja yang sgt best n se lagi hok palinggg sedapp, dapat keje dekat ngan umah parents. hah... org lain berlumbe2 nak duk kat luar jauh dari keluarga. tapi aku dok la wehhh... lagi aman bahagia dekat ngan family. sakit demam diorg, aku leh tengok. sakit demam aku pun, diorg leh tengok gak.. ehehhehe... hah... kalau dah dapat menaip panjang plak nak cite.. abih mende nak kabo. tp untuk 2011 punye versi itu yang paling terbaik yang aku pnh capai. untuk tahun 2012 ni harap yang baik2 ajelah... ni pung dah separuh tahun. ade misi2 yang belum tercapai tapi aku percaya dengan ape yang telah Tuhan aturkan.. Tuhan lebih tahu ape yang terbaik untuk aku... buat ms skrg, kebahagian keluarga menjadi perkara utama yang perlu aku dahulukan. semntara dok berlaki lagi ni ye dok? hehe... nnt bile dh berlaki, keluarga tetap utama tp paling2 utama kena dahulukan laki plok kan.. so sementara membujang ni, insyaAllah aku akan cube buat yang terbaik. doa yang baik2 ajelah.. soooo... itu jelah hal2 yang nok diceritakan buat ms skrg. kalau org lain kate, eleh setakat dapat keje kerajaan, dok la cite best sgt.. tu korang punye pasal la, mgkin korang ade cerita yg lagi best dari tu. tapi lain org, lain rezekinye. oklahhhh... malas doh nk menaip ni.. aku ni bukan sokmo ade idea nak bercerita. time2 free ni baru otak nak bergerak fikir nak cari cerita. ni pung sbb pagi lagi, badan pun fresh lagi so sgt la merajin nak menaip.. konon la.. sampai ketemu lagi la... jaga diri memasing k... :D assalamualaikum
Posted by NURUL at 9:13 AM 0 comments
Thursday, December 9, 2010
MARAH!!???!!!
Assalamualaikum... wbt
dah lame tak post ape2 kat blog sbb tak de story menarik pun.. cumenye ari ni rase sgt nak type kat blog tentang MARAH/AMARAH/NAIK ANGIN and etc.. sejak akhir2 ni perasaan aku ni boleh dikategorikan sebagai mcm giler skit... nak terus cakap yang aku ni GILE rase mcm kejam pada diri sendiri plak kan.. aku mcm gagal skit nak kontrol perasaan marah aku sejak akhir2 ni.. adakah sbb darah aku naik? ada darah tinggi kah aku ni? lagi nak salahkan penyakit.. walhal diri sendiri yang tak reti nak mengawal emosi.. mgkin faktor cuaca.. eh nak salahkan cuaca la pulak.. secara totalnye salah aku sebenarnye... byk sangat ikut perasaan.. marah ini menyakitkan dan marah ini merisaukan... kdg2 sbb marah ni la mcm2 boleh berlaku.. kalau tak, tak de plak kes bunuh membunuh tu kan..
aku rase mcm bengang skit ngan keadaan skrg ni... kalau byk sgt mengeluh nnt org cakap aku ni tak reti bersyukur.. alhamdulillah sampai ari ni aku sgt2 bersyukur ngan ape yang aku ade... tapi keadaan sekeliling membuatkan aku mahu lebih.. bukan lebih tu melebih-lebih. cume aku nak satu perubahan hidup yang lebih baik.. bukan skrg tak baik.. baca betul2 ayat aku 'yang lebih baik'. bukan tak de usaha tapi entahlah... agaknye belum ada rezeki.. tapi kalau selalu pakai ayat tu baik tak yah usaha kan... tggu jelah, time ade rezeki nnt ade la tu... tak!! aku bukan nak melawan qada' dan qadar Allah SWT. rahsia Allah tak de sape yang tau... itu semua dah tertulis.. aku faham dan sangat2 faham. tapi tak semua manusia nak berusaha utk dapatkan sesuatu.. keBANYAKkannye mengharapkan ayat 'tak de rezeki lagi, 'kalau ade rezeki, ade ar tu'... tapi usahanye ZERO! so tak perlulah ko nak mengharapkan sstu tu jatuh dari langit sedangkan tak pernah ada usaha! ishhh... kan dah jadi nak marah ni..
camane lagi ye? n salah satu yang boleh buat aku marah bile berhadapan ngan manusia2 yang tak pernah faham. asyik aku je nak kena faham org... oh sgt benci org begini.. nak kena jaga hati dan perasaan org sedangkan aku? sakit ati.. buat muke suci murni walhal dalam hati dah mcm firaun. tak ke hipokrit namenye.. ishhh... mcmane la nak suruh org buat perubahan sdgkan diri hancus lebus... tolongla weh... tolong jgn bagi aku marah... sesabar mane pun aku selama ni.. lame2 aku tak leh tahan weh.. sakit wehhh!!!!
kdg2 bile aku fikir baik aku buat hal aku kan... tapi bile difikirkan dari sisi yang lain.. perlunye jugak ambik tau hal org... kalau kite ade ape2 hal nnt, ade jugak org nak caring psl kite.. tapi ishhh!!! menyusahkan pulak... haaa... kan dah nampak tu mcm tak bersyukur... entahlah susah nak ditafsirkan keinginan manusia ni..
astaghfirullahalaazim... itu je yang aku mampu sebut kalau rase kemarahan ni dah menguasai diri.. mintak ngan tuhan jauhkan dari godaan syaitan yang melampau2.. harap2 takde lagi la org2 yang akan buat aku marah... aku tak salahkan org lain.. salah aku.. tapi bantulah aku supaya semuanya dalam kawalan...
untuk org2 tertentu... plish la tolonglah fahami aku... jgn buat aku camni. usahalah, berdoalah dan tawakallah... jgn buat dekk je ngan keadaan.
Astaghfirullahhalaazim aku akhiri semuanya di sini dan yang pasti MENGAWAL MARAH ITU BUKAN MUDAH RUPANYA.. moga2 keluhan ni mengurangkan gusar di hati.. cewahhh... AMIN!!
salam...
Posted by NURUL at 11:50 AM 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
MALAS.....
Assalamualaikum... wbt.
Ape kabo semua? aku ok je sini.. mcm biase la... nak kate sgt sehat, tak dela sgt.. nak kate tak sehat, selera makan cam ok je.. hahah.. asyik makan je aku ni... kesimpulannya, alhamdulillah masih bernafas dan diberi kesempatan olehNya untuk terus hidup seperti sebelumnya..
takde ape aku nak post untuk ari ni.. cume ingin meluahkan rase malas yang meluap2... kadang2 dah bosan nak bekerja.. time2 malas camni la mcm2 la nak fikir lam kepala ni. rasa mcm dah tak sanggup nak buat keje2 seharian yang tak pernah abis ni.. sambil2 duk termenung asyik terfikirkan pendapatan bulanan yang setimpal ngan keringat yang diberikan. tak setimpal ngan bebanan keje yang tak pernah abis.
kadang2 rasa nak marah pun ada. kadang2 rase juga berlaku ketidakadilan kat sini. susah untuk diterangkan. ikutkan hati nak je aku blah dari sini. cari keje lain. ataupun mgkin cari bakal suami yang kaya-raya. erk... kena cari ke? hahahaha... nak cari keje lain pun susah gak.. ingat senang ke nak cari keje skrg ni. susahh nyahh.... tapi sampai bile kan? dah la nak keje kerajaan pun bukan main payah nak dapat. interview merata-rata... tapi tak de yang sangkut. betulla... tak de rezeki nak buat camane. tapi tulah.. kdg2 dah boring gak asyik same je. fedap pun ade.
nak buat bisnes pun modal bukan besar sgt.. buat kecik2.. lepas la tanggung perbelanjaan yang tak cukup. yelah.. dah gajinye kecik. mmg la tak cukup. mane nak byr duit pinjaman belajar lagi.. makan lagi.. transport lagi... ishhh...
susah untuk ditafsirkan.. tula bile time2 malas camni.. mcm2 la benda masuk lam kepala ni. aku rase mcm malas dah nak keje... tapi sape plak nak tanggung aku? mak ayah aku? ishhh tak sampai ati aku nak bebankan diorg lagi.. diorg dah bagi aku duk ngan diorg skrg pun, sikit punye bagus dah. alhamdulillah... nak cari laki kaya? ishhh... tak tercari la weh... kdg2 kalu dah kaya tu mcm2 pe'el la plak.. maklumlaaa... kaya..
skrg ni aku dah betul2 buntu.. kalau ade yang datang bgtau 'weh, kat area2 aku keje ade nak pakai org.. ko nak tak?' soalan pertama aku tanye 'brape dapat?' 'seribu lebih kot'... rase nak tergelak pun ade.. bukan soal tak bersyukur tapi terfikir. kalau aku nak keluar daerah.. duk jauh2 smata2 nak dapatkan gaji hanya seribu lebih, baik tak yah.. cari pasal namenye.. kalau keje kerajaan tak pe ar nak gi merantau jauh2 pun.. cube fikir, dapat contohnye dalam 1200, duit makan, sewa rumah, transport, utang blaja lagi... tak ke sama mcm aku duk sini? ishh tak yah la... tapi tu la... kalau org dgr, org akan cakap aku sombong, tak bersyukur.. tapi diorg tak fikir. psl sbb bersyukur la aku still duk sini. tak ke mana2.
dalam fikiran aku skrg.. aku juz nak keje kerajaan.. kat mane2 pun tak kisah. sbb kite semua tau, keje kerajaan menjamin masa depan. tapi kalau ikutkan susahnye nak dapat, fedap dah rasenye.. tapi tak pelah.. mencuba.. mane tau akan2 datang ade peluang.. insyaAllah... berdoa jela byk2...
nak cakap susah.. tak cakap pun susah... baru2 ni dah kuar paper, kerajaan nak kaji gaji untuk pekerja swasta.. tp tak tau la kaji setakat mane.. samada hanya nak menyedapkan hati atau omong kosong... mintak2 ade la keputusan yang membanggakan.. aminnnn...
opss sebelum terlupa.. pasal diet tu.. heheh... dalam ms 2 mggu berat aku turun 5kgs... caye tak? tak caye sudah.... hehehe... alhamdulillah.. cume 2 mggu ni cara makan aku mcm nak balik ke asal je.. tapi tak pe... aku akan cube.. sikit2 pun tak pe.. asal ade perubahan.. heheh...
oklah sampai sini je... malas nak fikir byk2 lagi... jumpe lagi.. daaa...
WASSALAM....
Posted by NURUL at 4:28 PM 0 comments
Saturday, February 20, 2010
DIET???
Assalamualaikum... hai semua.. sehat tak? aku sehat je... mgkin agak tertekan skit ngan tajuk ari ni... hahah... teruk kan... awal2 dah keluar gmbr nasik lemak. bercanggah betul ngan tajuk... tapi tgk nasik lemak mmg tak tahannnn... berpeluh menahan godaan...
sebenarnye tajuk ari ni mewakili diri aku pada masa sekarang ni... almaklumlah tengah dalam proses mendietkan diri la katekan... tapi dalam byk2 menu yang 'dilarang' untuk dimakan, nasi lemak antara yang tak boleh tahan bile melihatnya... kalau org lain pantang makan nasik lemak, aku pantang tengok, msti nak makan.. hehehe.... tapi time diet ni nak tak nak, perlu dan wajib tahan. NAK KURUS PUNYE PASAL....
berat aku skrg mmg naik bertimpa-timpa mcm di pam2... teruk sangat keadaannya... time makan mmg mcm org separuh sedar... makan semahu-mahunya. start ari pertama diet mmg menyeksakan.. nak pulak ms tu weekend, mak masak sedap2 wooo.... tapi cube untuk bertahan... kenapa? NAK KURUS PUNYE PASAL.... arwah nenek aku pernah cakap, time leh makan ni, makan jelah ape yang boleh dimakan asal berpada2... tapi si cucunye ni mmg jenis tak join skit ngan perkataan 'berpada-pada' tu... it sounds like menyakitkan... tapi ngan makanan jelah... berpada-pada untuk hal lain, ok je. hahahahaha....
sampai masa orang sekeliling pun dah tegur... tak sanggup nak melihat ditambah dengan orang tersayang dah bagi warning... so nak tak nak... mmg perlu dan wajib buat sstu... kebetulan aku ade kawan yang mmg da best, salmah... die pun ade mslh mcm aku. punye nak tolong diri sdiri n aku sbg kawan, die sanggup belikan aku makanan fibre untuk diet. 2 kotak untuk die... 2 kotak untuk aku.. dengan kos rm200 lebih kurang/person.. HUTANG.. yela, hutang la.. gile nak bagi free.. mahal tu... untuk aku beli sdiri mmg susah skit... sbb aku asyik fikir byk lagi mende lain nak beli.. so bile org dah belikan.. nak tak nak aku wajib bayar... so bile aku rase mende tu mahal, wajib untuk praktikkan.. membazirla byr mahal2 kalau buat sambil lewa kan... so bermula la episod diet aku... harap2nya akan menunjukkan perubahan la.
aku akan update lagi kalau ada perubahan... kalau semggu or sebulan dari sekarang.. it still like this.... no more change, maknenye salah aku.. bulan salah sape2 lagi... aku takkan salahkan sape2 pun... sbb tubuh aku, takkan mak aku nak jaga kan.. takkan bapak aku nk tlg senamkan, takkan org tersayang nak tolong kontrolkan makan.. hehehe...
so ape2 pun gud luck for me... hope everything that I've planned work successfully... that's my mission. it's simple but hard to get... heheheh...
ok all... c u again..
Wassalam
Posted by NURUL at 12:08 PM 0 comments
Thursday, February 11, 2010
I Hope My Dream Comes True Sooner Or Later..... Sigh!
Assalamualaikum wbt....
sehat ke semua? dah lame aku tak post ape2 kat sini... ni pun dah masuk bulan ke 2 2010... perasaan? same je mcm tahun2 yang sudah... masih begini... bangun pagi.. gi keje... balik keje... tido... n begitu jela sehari2... nampak mcm mengeluh ngan keadaan tu... tapi tak leh nak kate tidak sbb mmg mengeluh pun... hahahah...
kehidupan tetap mcm biase. tapi kdg2 ade sedikit membosankan.. bygkan lah... ari2 ngan rutin yang same. mau nye tak bosan... aku sebenarnye mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari ni.. dengan umur yang semakin meningkat, mmg perlu utk aku fikir jauh dari apa yang ada sekarang. walaupun kadang2 menyakitkan tapi nak atau tidak.. mmg perlu untuk difikirkan. tapi tak semua orang sekeliling akan faham... adakah kite ni yang kena bagi diorg faham??? atau diamkan je... ntah la... nak cakap salah.. tak cakap pun salah...
mengeluh tu salah.. mmg salah pun... tak baik pun ada... tapi manusia kalau tak puas hati... mmg akan cepat mengeluh... tak payah cakap tak pernah la... mmg akan jadi camtu... teruk kan? tapi hakikatnye mmg begitu...
aku mengharapkan kehidupan yang lebih baik dari ape yang ada skrg... bukan tak bersyukur tapi sebagai manusia biasa, aku ade kehendak dan keinginan dalam diri... nak itu, nak ini.. nak beri yang terbaik untuk org2 sekeliling dan sebagainya.. tapi agak susah untuk dimengertikan.. mcmane nak cakap ye? tibe2 blank... hahahahah.... mgkin blank sebab tak leh nak fikir semua tu akan berlaku atau tidak.... samada dapat atau sebalikya... Ya Allah... sesungguhnya aku insan yang lemah..sebagai hambaMu aku patut bersyukur dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku tetapi sebagai manusia yang normal fikirannye, hati kecilku ini menginginkan sesuatu yang mgkin org lain pun menghajatinye... tapi aku berserah padaMu Ya Allah... hanya dengan izinMU segalanya akan termakbul... Kau makbulkanlah segala apa yang terbuku dalam hatiku.. Kau permudahkanlah jalan untuk ku menuju kehidupan yang lebih baik lagi.. Amin Ya Robbal Alamin..
aku sentiasa berharap dengan adanya usaha dan doa, selebihnya tawakal pada Yang Esa, aku akan menemui jalan itu... Tuhan Itu Maha Adil dan Maha Mengetahui Segala-galanya... Amin...
oklah semua.. sukses untuk anda semua juga... tak salah berhajatkan sesuatu asal usaha dan doa pada Yang Esa.. InsyaAllah... Sooner or later, our dream will come true...
Wassalam...
Posted by NURUL at 12:57 PM 0 comments
