Sunday, September 2, 2012

SAHABAT OH SAHABAT...

SAHABAT SEJATI “Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’ DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu; Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Sunday, August 5, 2012

2 tahun berlalu...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum.... wbt wahhhh dah hampir 2 tahun tak menaip kat blog, rase mcm baru nak belajo plok.. dlm erti kate lain JANGGAL. heheh. bukak2 blog dah mcm lain skit. terkial2 gak awal2nye.. sebenarnye tak banyak isu yang nak diceritakan. kalau duk ulang cerita same mcm boring plok kan.. nak bercerita perihal diri je sokmo rase mcm takkan abis. so aku start menaip hari ini dengan bismillahh dan insyaAllah akan cube untuk sentiasa update dari masa ke semasa. tak banyak cerita yang nak dikongsi sepanjang 2 tahun tak update blog ni... klu dlm bahasa omputeh nye not interesting la.. tapi alhamdulillah la sepanjang 2 tahun ni mcm2 dah berlaku.. 2011 alhamdulillah aku dah dapat keje baru. jeng3.. keje kerajaan yang org sokmo susah nak dapat tu.. kat post sebelum ni pernah aku membebel psl susah nak dapt keje kerajaan ni. naik turun gi balik interview pung susah nk dapt tapi alhamdulillah rezeki akhirnya berpihak kat aku. tak kisahlah position ape pung, janji dapat keje yang menjamin hidup. ms dpt surat tu aku tadok kat umah, keje ms tu. my mom call kate ade surat smpai n beliau nk bukak. aku kate bukak la mak oi.. panggil temuduga lagi lah tu.. tentibe mak call balik, die kate aku dapat keje.. dlm otak ni duk fikir, aihh interview yg mane satu plok tuh. rupenye interview tahun 2009, tahun 2011 baru diorg panggil. eh dok kisoh la eh, janji keje tu dapat. no more complain2. sebulan lepas tu adik aku plak dapat keje ngan kerajaan tapi kontrak. takpela dik oi, tu pun bukan senang nak dapat pung.. kiri kanan org duk tanye, 'weh, mu dapat keje ni. ade kabel ke?' hai mokcik2 oit, kalau ade kabel dok tggu tua baru dapat keje. baik abis spm terus pakai kabel mintak keje. takyah sambung2 belajo, naik turun wisma duk gi intebiu bagai.. tp tak pelah abaikan jelah ape cakap2 org. yg penting sekarang aku keje dgn cara yang betul n telus.. hah ko..... alhamdulillah ni la dinamakan berkat kesabaran n yg paling afdol lagi doa yang tak pnh putus from my parents.. itu yang paling menarik utk tahun 2011 tu.. lagi menguntungkan aku dapat keje kat tmpt yang sgt bagus suasananya, kawan2 sekerja yang sgt best n se lagi hok palinggg sedapp, dapat keje dekat ngan umah parents. hah... org lain berlumbe2 nak duk kat luar jauh dari keluarga. tapi aku dok la wehhh... lagi aman bahagia dekat ngan family. sakit demam diorg, aku leh tengok. sakit demam aku pun, diorg leh tengok gak.. ehehhehe... hah... kalau dah dapat menaip panjang plak nak cite.. abih mende nak kabo. tp untuk 2011 punye versi itu yang paling terbaik yang aku pnh capai. untuk tahun 2012 ni harap yang baik2 ajelah... ni pung dah separuh tahun. ade misi2 yang belum tercapai tapi aku percaya dengan ape yang telah Tuhan aturkan.. Tuhan lebih tahu ape yang terbaik untuk aku... buat ms skrg, kebahagian keluarga menjadi perkara utama yang perlu aku dahulukan. semntara dok berlaki lagi ni ye dok? hehe... nnt bile dh berlaki, keluarga tetap utama tp paling2 utama kena dahulukan laki plok kan.. so sementara membujang ni, insyaAllah aku akan cube buat yang terbaik. doa yang baik2 ajelah.. soooo... itu jelah hal2 yang nok diceritakan buat ms skrg. kalau org lain kate, eleh setakat dapat keje kerajaan, dok la cite best sgt.. tu korang punye pasal la, mgkin korang ade cerita yg lagi best dari tu. tapi lain org, lain rezekinye. oklahhhh... malas doh nk menaip ni.. aku ni bukan sokmo ade idea nak bercerita. time2 free ni baru otak nak bergerak fikir nak cari cerita. ni pung sbb pagi lagi, badan pun fresh lagi so sgt la merajin nak menaip.. konon la.. sampai ketemu lagi la... jaga diri memasing k... :D assalamualaikum