assalamualaikum.... hai kepada semua yang sudi melawat ke blog aku ni.. ari ni pertama kalinya aku buke blog sendiri. kdg2 menulis di blog ni boleh dijadikan tempat utk meluahkan pendapat, persoalan, kerunsingan, kesedihan dan pelbagai lagi perkara. ia umpama diari kita sehari2...
dan pada hari ini terbuke hati aku untuk meluahkan perasaan sedih pada keadaan dan suasana yang telah berlaku di dunia skrg ni... KEGANASAN DI GAZA yang tak pernah berhenti setakat hari ni blog ini ditulis. aku tak faham dan mengerti kenapa ia berlaku. manusia2 yang tidak berdosa dijadikan tmpt untuk melepaskan dendam dan amarah. sungguh menyakitkan hati. hati cukup tersentuh melihat wajah2 kanak2 yang menjadi mangsa keadaan. comel2 smuanya... ye betul.. kdg2 bile berlaku kematian atau musibah2... org suke menyatakan bahawa semua itu adalah takdir... tuhan lebih menyayangi mereka. tetapi tidak semua perkara kite harus menyalahkan takdir... kite sbg manusia harus berusaha untuk mengelakkan berlaku perkara2 tersebut bukan semata lihat dan lihat saja. dan selebihnye tawakal.
walaupun kite di negara yang aman dan damai... apalah salahnya kita sama2 memanjatkan doa agar keganasan di GAZA akan pulih... bersedekahkan doa untuk mereka yang telah menjadi korban... insyaAllah hanya dengan izinNya juga kita dapat membantu mereka dengan doa2 kita. insyaAllah....
kita cube bantu mereka dengan doa2 kita sehari...
insyaAllah... AMIN
Saturday, January 17, 2009
Keganasan Di GAZA...
Posted by NURUL at 2:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Comments:
Post a Comment